Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak,   Selangor.
Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz.
Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz.
Ia berlaku di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-
Klik > > 
ilustrasi
Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih   daripada 20 
tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh   itu 
bermacam-macam jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal  
 dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan 
sebagainya.   Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di 
sebuah tempat di   sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa 
tahun yang lalu, telah   mendedahkan saya kepada satu kes yang cukup 
‘istimewa’ sepanjang pengalaman   saya menguruskan jenazah. Inilah kali 
pertama saya bertemu dengan satu   jenazah yang
cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekali gus menberikan banyak iktibar.
cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekali gus menberikan banyak iktibar.
Peristiwa tersebut berlaku dua hari lagi sebelum   pilihanraya di 
Serkam, Melaka. Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu   tidaklah
 dapat saya nyatakan di sini. Ia terjadi secara kebetulan ketika saya   
diminta oleh anak Allahyarham menguruskan jenazah bapanya. Pada hari 
itu,   saya pergi ke rumah seorang sahabat untuk mengubatkan mata ibunya
 bagi kali   yang terakhir. Niat saya ialah supaya mata ibu tadi sembuh 
dan boleh membaca   Al-Quran. Tetapi apabila saya hendak pulang, anak 
Allahyarham datang menemui   sahabat saya tadi dan bertanya sama ada 
saya mengurus jenazah atau tidak. Kawan   saya kata, “Cubalah tanya dia 
sendiri.” Kawan saya ada memberitahu   saya dua bulan yang lepas bahawa 
saya sahaja yang mengadakan kursus dalam hal   menguruskan jenazah. Anak
 Allahyarham menemui saya. Saya beritahu dia bahawa   jenazah tidak elok
 dibiarkan lama-lama.
Saya terus pergi ke rumahnya. Tapi bila saya hampir   sampai ke rumah
 Allahyarham, saya bau jenazah itu sangat busuk. Baunya cukup   pelik 
dan busuk. Saya telah menguruskan banyak jenazah tetapi tidak pernah   
saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini.Bila saya tengok wajah   
Allahyarham, sekali lagi hati saya tersentuh. Saya tengok wajahnya 
seperti   sedang dirundung oleh bermacam-macam perasaaan…takut, cemas, 
kesal dan   bermacam-macam lagi. Wajahnya seperti tidak mendapat nur 
daripada Allah SWT.   Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli 
oleh anak Allahyarham dan saya   potong-potongkan. Secara kebetulan 
pula, di situ ada dua orang yang mengikuti   kursus pengurusan jenazah 
yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka   membantu saya dan mereka 
bersetuju. Tetapi semasa memandikan mayat itu,   peristiwa pertama 
berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan   jenazah, badan 
mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah   diurut urut
 untuk membolehkan najis keluar. Maka saya pun urut urutkan perut   
Allahyarham. Tapi apa yang berlaku pada hari itu amatlah mengejutkan. 
Allah   itu Maha Berkuasa kerana pada hari tersebut, najis tidak keluar 
daripada   dubur mayat tadi tetapi melalui mulutnya. “Lain macam saja 
ni”,   fikir saya. Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu 
dan saya   urut-urutkan lagi perutnya. Tapi najis itu tetap keluar dari 
mulutnya. Hati   saya berdebar-debar. Apa yang sedang berlaku di depan 
saya ini? Telah dua   kali mulut mayat ini memuntahkan najis. Saya harap
 ia tidak akan berulang lagi   kerana saya mahu mengurut perutnya bagi 
kali yang terakhir. Tiba-tiba   ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut 
perutnya, keluarlah daripada mulut   mayat itu najis bersama beberapa 
ekor ulat yang masih hidup. Ulat itu adalah   seperti ulat najis. 
Warnanya putih. Dari mana datangnya ulat itu, jangan   tanya saya.
Allahyarham meninggal dunia akibat diserang sakit   jantung dan waktu
 kematiannya dengan waktu saya menguruskan mayatnya cuma   lima jam 
setengah sahaja jaraknya. Aneh, bagaimana dalam tempoh yang sebegitu   
singkat mayatnya boleh menjadi sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak   
Allahyarham. Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib 
  dengan apa yang berlaku pada bapa mereka. Saya tengok dua orang 
pembantu   tadi, mereka juga terkejutdan panik. Lalu saya bacakan doa 
untuk mengelakkan   badi mayat dan sapukan ke muka mereka. Saya kata 
kepada mereka, “Inilah   ujian Allah kepada kita”. Kemudian saya minta 
salah seorang daripada   pembantu tadi memanggil kesemua anak 
Allahyarham. Allahyarham pada dasarnya   seorang yang beruntung kerana 
mempunyai tujuh orang anak, dan semuanya   lelaki. Seorang berada di 
luar negeri dan enam lagi berada di sini. Bila   semua anak Allahyarham 
masuk, saya marahi mereka. Saya mengingatkan mereka   bahawa 
tanggungjawab saya hanyalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka,   
bukan menguruskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut. Sepatutnya sebagai 
anak,   merekalah yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, 
bukannya tok   imam, tok bilal, tok siak. Saya kata, mungkin satu masa 
dahulu ibu mereka   sibuk maka Allahyarham pernah memandikan mereka. 
Itulah jasa dan pengorbanan   seorang bapa. Tetapi saya kesal kerana 
dalam saat-saat begini anak-anak   Allahyarham tidak langsung hendak 
membalas jasa bapa mereka itu.
Saya kemudiannya meminta izin serta bantuan mereka   untuk 
menonggengkan mayat itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja   
mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup. Hampir  
 sebesen banyaknya. Besen itu boleh dianggarkan besar sedikit daripada 
penutup   bilah kipas meja. Subhanallah….suasana menjadi semakin panik. 
Saya terus   bertenang dan berharap tidak berlaku lagi kejadian-kejadian
 yang lebih   ganjil. Selepas itu saya mandikan semula mayat tersebut 
dan saya ambilkan   wuduk. Saya minta anak-anaknya mengambil kain kafan.
 Saya bawa mayat tersebut   ke dalam biliknya dan tidak diizinkan 
seorang pun melihat upacara itu kecuali   waris yang terdekat, sebab 
saya takut perkara-perkara yang lebih aib akan   berlaku.
Takdir Allah jua yang menentukan. Apabila mayat ini   diletakkan di 
atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu cukup-cukup   memarasi 
hujung kepala dan kakinya, tidak ada lebih. Maka saya tak boleh nak   
ikat kepala dan kakinya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa 
kain   kafan itu seperti tidak mahu menerima mayat tadi. Tidak apalah, 
mungkin saya   yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil baki kain,
 saya potongkan dan   tampungkan di tempat-tempat yang kurang. Memang 
kain kafan jenazah itu jadi   tidak berapa elok, tetapi apa nak buat Itu
 sahaja yang boleh saya lakukan.   Pada masa yang sama saya berdoa 
kepada Allah, “Ya Allah, jangan Kau   hinakan jenazah ini ya Allah, 
cukuplah sekadar peringatan kepada hambamu   ini”. Selepas itu saya 
berikan taklimat tentang sembayang jenazah. Tiga   kali taklimat 
diberikan. Yang hadir cuma 13 orang saja.
Selepas menyembahyangkan jenazah tadi, satu lagi   masalah timbul. 
Jenazah itu tidak dapat dihantarkan ke tanah perkuburan   kerana tidak 
ada kereta jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL,   Polis 
dan sebagainya, tetapi yang peliknya, mereka juga tidak mempunyai   
kereta jenazah kerana kereta yang ada sedang digunakan. Dalam keadaan 
itu,   seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta
 saya   menunggu sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan van dari 
garaj rumahnya.   Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang 
mencari tempat untuk   meletakkan vannya itu di kawasan rumah 
Allahyarham, tiba-tiba isterinya   keluar. Dengan suara yang tegas dia 
berkata di khalayak ramai, “Abang,   saya tak benarkan kereta saya ini 
digunakan untuk mengangkat jenazah itu   sebab semasa hayatnya dia tidak
 pernah benarkan kita naik keretanya”.   Renungkanlah, kalau tidak ada 
apa-apa sebab, tidak mungkin seorang wanita   yang lembut hatinya akan 
berkata demikian. Jadi saya suruh tuan punya van itu   membawa vannya 
balik. Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan   bantuannya. 
Lelaki itu mendakwa dia adalah anak murid saya. Dia meminta izin   
daripada saya dalam 10-15 minit untuk membersihkan keretanya itu. Dalam 
  jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut. Tetapi dalam
   keadaan yang basah kuyup. Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya 
adalah   sebuah lori, dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk 
menjual ayam.   Renungkanlah, pernahkan kita melihat satu jenazah dibawa
 ke kubur dengan lori   ayam? Dalam perjalanan menuju ke kawasan 
perkuburan, saya berpesan kepada dua   pembantu tadi supaya ahli 
masyarakat tidak payah membantu kami menguburkan   jenazah tadi. Saya 
suruh mereka pergi kubur saudara mara dan sahabat mereka,   itu lebih 
baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa-apa lagi peristiwa ganjil.   
Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi – takdir Allah 
yang   terakhir amat memilukan. Bila sampai sahaja jenazah tersebut ke 
kuburnya,   saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang 
lahad dan tiga lagi   turunkan jenazah. Takdir Allah, apabila jasad 
jenazah itu mencecah sahaja ke   bumi, tiba tiba air hitam yang busuk 
baunya keluar dari celah-celah bumi yang   pada asalnya kering. Hari itu
 tidak hujan, tetapi dari mana datangnya air itu?   Sukar untuk saya 
menjawabnya. Lalu saya arahkan anak Allahyarham supaya   sendaikan 
jenazah bapa mereka dengan kemas. Saya takut nanti ia akan   
terlangkup….na’uzubillah. Kalau mayat terlangkup, tidak ada harapan 
untuk   mendapat syafaat Nabi saw.
Papan keranda diturunkan dan kami segera kambus kubur   tersebut. 
Selepas itu kami injak-injakkan tanah supaya mampat dan bila hujan   ia 
tidak mendap. Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan tanah yang 
diinjak   itu menjadi becak. Saya tahu, jenazah berkenaan ditenggelamkan
 oleh air hitam   yang busuk itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya 
arahkan anak-anak   Allahyarham supaya berhenti menginjakkan tanah itu. 
Tinggalkan dalam suku   meter, timbus dan bataskan. Ertinya kubur itu 
tidak dikambus hingga ke   permukaan lubangnya, tetapi ia seperti kubur 
berlubang. Tidak cukup dengan   itu, apabila saya hendak membacakan 
talkin, saya tengok tanah yang diinjak   itu ada kesan serapan air. 
Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah   julung-julung kalinya 
peristiwa seperti itu terjadi. Melihatkan keadaan itu,   saya mengambil 
keputusan untuk menyelesaikan pengebumian secepat mungkin.   Sejak 
sekian lama terlibat dalam pengurusan jenazah, inilah mayat yang saya   
tidak talkinkan. Saya cuma bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas.  
 Setelah itu saya pulang ke rumah Allahyarham dan himpunkan keluarganya.
 Saya   bertanya kepada isteri Allahyarham, apakah yang telah dilakukan 
oleh   Allahyarham semasa hayatnya. Adakah dia pernah menzalimi orang 
alim, mendapat   harta secara merampas, menipu rasuah, memakan harta 
masjid dan anak yatim?   Isteri allahyarham tidak dapat memberikan 
jawapan. Memikirkan mungkin dia   malu untuk memberitahu, saya 
tinggalkan nombor telefon rumah saya. Tetapi   sedihnya, sehingga 
sekarang tidak seorang pun anak-anak Allahyarham menghubungi   saya.
Untuk pengetahuan umum, anak-anak Allahyarham   merupakan orang-orang
 yang berpendidikan tinggi sehingga ada seorang yang   beristerikan 
orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang   lagi 
isterinya orang Jepun. Saya bertambah sedih apabila dua orang yang   
membantu saya menguruskan jenazah tadi menelefon saya. Mereka kata 
mereka   menyesal membantu saya menguruskan jenazah Allahyarham kerana 
anak-anak   Allahyarham telah menjadikan mereka sebagai musuh. Saya 
bertanya, adakah   mereka menceritakan kisah itu kepada masyarakat? 
Mereka kata ‘TIDAK’.   Peristiwa ini akan tetap saya ingat sampai 
bila-bila. Kepada masyarakat,   tanyalah diri kita adakah kita mahu 
peristiwa itu terjadi pada diri kita   sendiri, ibu bapa kita, anak kita
 atau kaum keluarga kita? Adakah kita mahu   peristiwa ini berlaku 
berulang-ulang kali sehingga sampai satu masa nanti di   mana masyarakat
 menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?


 
07.12
LuFti

 Posted in:  
     
0 Komentar:
Posting Komentar